Terms Of Service


Terma Syarat Perkhidmatan AdiMoments 
Ini merupakan terma dan syarat yang perlu difahami dan menjadi dokumen persefahaman antara jurugambar (AdiMoments) dan juga pelanggan. Anda adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat ini sebelum mempersetujui ikatan perkhidmatan dengan kami. 
1. Jurugambar1.1 Jurugambar adalah merujuk kepada jurugambar AdiMoments untuk menjadi jurugambar rasmi pada majlis yang telah dipersetujui. 
1.2 Sekiranya pada hari majlis tersebut jurugambar yang dilantik tidak dapat hadir kerana sebab-sebab diluar kawalan seperti kecemasan, sakit atau sebagainya; jurugambar terbaik seterusnya akan ditugaskan untuk menggantikan jurugambar tersebut.
2. Pelanggan2.1 Pelanggan adalah merujuk kepada pihak yang melantik kami sebagai jurugambar untuk sesuatu majlis. Jika pakej fotografi ditaja oleh pihak tertentu maka penaja secara automatik akan menjadi pelanggan kepada perkhidmatan kami.
2.2 Pihak pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan informasi yang secukupnya untuk sesuatu majlis seperti waktu, tarikh, alamat lengkap lokasi, peta lokasi, nombor telefon dan sebagainya yang dirasakan perlu untuk sesuatu majlis.
2.3 Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan lokasi majlis dan juga subjek berada dalam keadaan yang memuaskan untuk fotografi.
2.4 Jurugambar tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kekurangan pada gambar akibat keadaan kurang memuaskan di lokasi seperti latarbelakang yang kurang memuaskan, pencahayaan yang tidak baik, solekan yang kurang baik dan lain-lain kekurangan yang boleh memberi kesan negatif pada fotografi. Namun begitu jurugambar akan berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan foto terbaik di dalam pelbagai keadaan.
3. Perkhidmatan Fotografi3.1 Perkhidmatan fotografi kami adalah berdasarkan kepada pakej yang telah dipersetujui bersama.
3.2 Tempoh masa perkhidmatan adalah bergantung kepada pakej perkhidmatan dan waktu yang telah dipersetujui.
3.3 Caj tambahan akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang permintaan perkhidmatan tambahan.
4. Suntingan, Post Produksi, Rekabentuk dan KreativitiTerma suntingan dalam perkhidmatan kami adalah termasuk dan terhad kepada perkara-perkara berikut:
4.1 Suntingan pada imej-imej terpilih yang meliputi pelarasan dan pengubahsuaian warna dan juga pemotongan dan pengubahsuaian saiz imej.
4.2 Kami juga melakukan peningkatan dan pengubahan asas pada imej yang terdiri dari aras kecerahan, hue & saturation, curve serta contrast.
4.3 Pengubahan tona warna adalah termasuk penggunaan kesan seperti vintage, hitam putih serta kesan retro.
4.4 Walaupun kami berusaha untuk menghasilkan foto yang terbaik bagi anda tetapi pihak kami tidak melakukan manipulasi dan suntingan berlebihan seperti super impose, suntingan bagi menghasilkan imej seperti poster mahupun majalah, mengubah imej asal kepada hasil yang berbeza sama sekali, mengubah fizikal semulajadi anggota atau wajah subjek di dalam imej serta mengubah rupa paras, rupa kulit dan juga solekan.
4.5 Adalah bukan menjadi amalan kami untuk berunding dengan pelanggan sebelum melakukan penyuntingan. Segala suntingan dilakukan dengan berasaskan pada pengalaman luas dan kepakaran kami dan juga mengikut kesesuaian sesuatu imej.
4.6 Kami akan menghasilkan rekabentuk album menggunakan kreativiti kami sepenuhnya.
4.7 Kami akan memilih imej dan membuat rekabentuk keseluruhan album mengikut apa yang kami rasakan sesuai. Oleh itu adalah tidak menjadi amalan kami untuk berunding terlebih dulu dengan pelanggan sebelum memilih imej dan merekabentuk album.
5. Terma Pembayaran5.1 Pembayaran deposit sebanyak minima RM300 untuk pengesahan tempahan pakej fotografi. Pihak kami akan hanya membuat blocking pada kalender kami sebaik bayaran deposit sebanyak minima RM300 ini dijelaskan. Pihak kami berhak untuk tidak menghadirkan diri jika bayaran deposit tidak dijelaskan. Pelanggan boleh membuat secara bayaran penuh ataupun mengikut terma bayaran kami secara berperingkat (dinyatakan di dalam sebut harga).
5.2 Pembayaran deposit tempahan adalah non-refundable sekiranya pihak pelanggan membatalkan tempahan mereka walau atas apa sebab sekalipun. Walaubagaimanapun, keputusan tertakluk atas budi bicara.
5.3 Pembayaran penuh perlu dijelaskan sebelum kerja percetakan diteruskan. Pihak kami akan memaklumkan pelanggan sebaik sahaja pihak kami bersedia untuk meneruskan proses percetakan. Pihak kami berhak menunda proses cetakan jika pelanggan tidak membuat bayaran penuh. Tempoh cetakan kebiasaannya mengambil tempoh dua (2) minggu.
5.4 Bagi pelanggan dari luar kawasan Lembah Klang, bayaran luar kawasan yang terdiri dari caj perjalanan akan dikenakan. Caj penginapan juga akan dikenakan sekiranya ada keperluan bermalam. Caj ini adalah bergantung pada kadar semasa petrol, tol serta caj penginapan. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk memberi maklumat lokasi yang tepat bagi membolehkan pengiraan caj yang betul.
5.5 Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer dan tunai sahaja.
5.6 Bagi pembayaran melalui online transfer, sila simpan slip bayaran sebagai bukti pembayaran. Tiada resit akan dikeluarkan bagi pembayaran jenis ini kecuali diminta oleh pelanggan.
6. Penyerahan dan Pengambilan Produk
6.1 Tempoh standard kami menyiapkan produk adalah antara 4 hingga 8 minggu. Namun begitu tempoh ini adalah bergantung pada keadaan semasa. Bagi majlis yang berlangsung dalam tempoh puncak seperti cuti sekolah atau hujung tahun, tempoh menyiapkan produk mungkin menjadi lebih lama. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya terdapat kelewatan.
6.2 Sebagaimana tercatat di dalam perenggan 5.3 pihak kami berhak untuk tidak menyerahkan produk sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.6.3 Kami akan memaklumkan kepada pelanggan apabila produk telah siap untuk pengambilan. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mengambil sendiri produk yang telah siap di lokasi kami. Namun begitu kami sedia mempertimbangkan untuk menghantar produk ke lokasi berdekatan pada waktu yang bersesuaian dan telah dipersetujui.6.4 Kami juga bersedia untuk menghantar produk melalui courier. Namun begitu segala caj pembungkusan dan penghantaran perlu dijelaskan oleh pelanggan terlebih dahulu.6.5 Bagi penghantaran melalui courier pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan.6.6 Sekiranya pelanggan tidak mengambil produk tersebut dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dimaklumkan pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk tersebut atas sebarang sebab sekalipun.
7. Jaminan
7.1 Kami memberi jaminan sebulan dari tempoh siap bagi produk-produk seperti DVD, VCD, Thumb Drive, album dan isinya; dan frame beserta gambar.7.2 Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan atau pun kerosakan bagi produk yang dihantar melalui courier.7.3 Kami juga tidak akan bertanggungjawab keatas kerosakan bagi produk yang tidak diambil.
8. Lain-lain Terma8.1 Bagi sebarang sebutharga yang dikeluarkan tempoh sah laku adalah 30 hari dari tarikh ianya dikeluarkan.8.2 Kami berhak untuk menyiarkan sebarang imej melalui laman sesawang, laman sosial, blog dan juga percetakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan juga pemasaran.

Cetakan computer. Tidak memerlukan tandatangan.